Pages

Monday, November 10, 2014

KENAPA ESP TIDAK BOLEH DIBANCUH GUNA AIR PANAS?

TAHUKAH ANDA MENGAPA ‪ESP‬ SHAKLEE TIDAK BOLEH DIBANCUH DENGAN AIR ‪PANAS‬?

Mungkin anda sering kali mendengar dan diberitahu oleh pengedar Shaklee anda, bila nak bancuh ESP Shaklee, pastikan guna air sejuk atau ‪suam‬, dilarang sama sekali menggunakan air panas. Tetapi, ada tak anda terfikir, sebenarnya kenapa agaknya anda dilarang buat begitu? Pernah tak anda diberitahu sebab dan alasannya?

Bagi yang belum tahu, jom saya kongsikan kenapa sebenarnya ESP Shaklee tidak boleh dibancuh menggunakan air panas.

Sebenarnya bukan sahaja ESP Shaklee, malahan apa brand dan jenis vitamin pun yang mengandungi‪ protein‬, tidak boleh di bancuh dengan air panas melebihi 40’ Celsius termasuklah ‪Mealshakes‬ dan‪ ‎CinchShake‬ Mix Drink. Dan juga termasuk sekali‪ ‎susu‬ formula yang anda berikan kepada anak anda setiap hari tu.

Perasan tak, bila anda nak bancuh susu anak anda, anda akan pastikan bancuh susu dengan air sejuk atau suam dulu, betul x? bila dah cukup sukatannya, baru campurkan dengan air panas kan? Haa.. kenapa agaknya anda buat macam tu?

Apa yang sebenarnya terjadi?

Apabila kita campurkan protein dengan air yang panas, akan terjadi satu proses yang dinamakan "protein‪ ‎denaturation‬" ataupun "‪penyahaslian‬/denaturasi protein". Proses ini melibatkan perubahan sifat struktur protein akibat terdedah kepada suhu yang tinggi dan lain-lain. Akibatnya, ‪khasiat‬ dalam sesuatu jenis ‪‎vitamin‬ itu akan ‪berkurangan‬/ ‪musnah‬.

Untuk penerangan lanjut tentang proses ini, sebenarnya protein soya sangat ‪‎sensitif‬ kepada‪ haba‬. Sekiranya ia diproses pada suhu yang tinggi, protein penting yang terkandung di dalamnya akan termusnah. Sebenarnya soya yang baik adalah soya yang dimasak pada suhu yang rendah dan tidak‪ ‎merosakkan‬ molekul ‪asid‬ amino, walhal apabila kita minum air soya yang dijual di pasar malam mahupun soya kotak, air ini di masak pada ‪‎suhu‬ yang sangat‪ tinggi‬ dan secara langsung merosakkan rantaian asal molekul asid amino yang terdapat dalam soya tersebut. Apabila ini terjadi dan tanpa disedari kita‪ ‎mengundang‬ kehadiran ‪radikal‬ bebas dan maka terbentuklah sel2 yang tidak normal dan ini sering dikaitkan dengan penyata “Minum soya boleh akibatkan kanser”.

Pada saya ayat penyata tersebut terdapat kebenarannya terutama apabila ikatan rantaian asid amino telah berubah apabila soya dimasak pada suhu yang tinggi.

Sebab itu ESP Shaklee tidak boleh dibancuh dengan air panas. Bukan sekadar risau akan hilangnya zat tetapi kita khuatir suhu yang panas dan tinggi akan menyebabkan rantaian ikatan molekul asid amino akan berubah dan lama-kelamaan ia akan menyebabkan terhasilnya radikal bebas di dalam sel badan kita.

Untuk pengetahuan anda, ESP Shaklee ialah protein‪ ‎soya‬ ‪berkualiti‬ tinggi yang diiktiraf di seluruh dunia. ESP Shaklee sangat berbeza dengan soya-soya yang lain kerana ia merupakan merupakan produk yang paling banyak melalui ujian ‪‎klinikal‬. Bahan utamanya ialah kacang soya ‪non‬-GMO (yang tidak diubahsuai secara genetic) dan ianya diproses menggunakan suhu yang rendah. Oleh sebab itu, jika anda ada mengambil sebarang jenis vitamin berbentuk protein, gunakanlah air ‪sejuk‬ atau yang penting bawah dari 40’ celcius.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ESP?

Hanisah 0197008740
Email: hanisahanapi@gmail.com
FB Page: www.facebook.com/EmpireVitaminSemulajadi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...